Video: Porsche 911T milik mekanik OKU tanpa kaki

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki, Manfred Huber, seorang mekanik tidak menganggap kekurangan itu sebagai satu penghalang untuk memandu kereta kegemarannya - Porsche 911.

Malah, ia adalah impian beliau untuk bekerja dan memiliki sebuah jentera dengan enjin sejukan udara tersebut. 

Porsche 911 generasi pertama, datang dengan enjin boxer sejukan udara 2.4 liter yang mampu menghasilkan 110 kuasa kuda (pada tahun 1970) dibina semula oleh Huber. 

Memandangkan kekurangan beliau untuk memandu sebuah kereta dengan tiga pedal, Huber melakukan modifikasi digelar lever contraption supaya beliau dapat memandu jentera tersebut menggunakan tangan sahaja. 

Untuk menjadikan kereta tersebut seringan yang mungkin, segala barang yang tidak berkenaan dikeluarkan, termasuklah sistem pemanas, ruang meletak barang dan sistem audio!

Alasan Huber mudah sahaja: beliau mahukan lonjakan kuasa dirasai selain irama merdu enjin sejukan udara yang menjadi bunyi ikonik jentera Porsche suatu ketika dahulu.