VIDEO: Polis Jerman 'ajar' pemandu yang curi ambil gambar kemalangan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apabila berlaku insiden kemalangan, tidak kira di lebuhraya atau di jalan raya utama, kesesakan trafik pasti akan berlaku. 

Tidak kurang juga warga netizen yang prihatin sehinggakan sanggup memandu sambil memegang peranti pintar untuk merakamkan apa yang berlaku di kawasan kemalangan demi secebis Like dan Retweet di laman sosial. 

Tindakan tersebut sebenarnya mengundang bahaya kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain dan bagi pasukan polis Jerman pula, mereka mempunyai cara tersendiri untuk menegur golongan yang suka mengambil kesempatan ini.

Di dalam satu rakaman video yang dibuat oleh Bayerischer Rundfunk, ia memaparkan seorang pegawai polis yang berjaya menangkap lelaki yang cuba merakam kawasan kemalangan dengan telefon bimbit di lebuhraya Autobahn.
 


Pegawai tersebut kemudian 'memaksa' lelaki tersebut turun dari kenderaan dan melihat sendiri keadaan mayat mangsa yang terkorban di lokasi kemalangan sebelum mengenakan denda sebanyak €128.50 (~RM600). 

Di Jerman, tindakan mengambil gambar lokasi kemalangan tanpa kebenaran akan dikenakan denda sebanyak €128.50. 

Menurut Stefan Pfeiffer, pegawai polis yang bertugas di tempat kejadian berkata, tindakan drastik tersebut terpaksa diambil supaya kes-kes sebegini tidak berulang lagi. 

"Sekadar mengenakan denda sebanyak €128.50 dan membiarkan mereka pergi tidak akan mendatangkan pengajaran.

"Orang awam perlu faham ini bukanlah satu permainan, ini adalah realiti sebenar kemalangan di jalan raya!" tegas beliau. 
 


Tindakan memperlahankan kenderaan dan cuba untuk mengambil gambar bukan sahaja tidak bermoral, malah ia akan turut membahayakan nyawa pengguna lain di atas jalan raya. 

Dalam kes tersebut, seorang pemandu trak berusia 47 tahun meninggal dunia akibat pelanggaran dengan trak semi di A6 Autobahn berdekatan dengan Nuremberg.

Sumber: The Local 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistem Komisioner Mohamad Farouk Eshak, "siasatan…
Informasi
  Ramai pengguna media sosial juga mengakui lokasi itu telah dicemari dengan sampah yang dibuang…
Berita Domestik
sumber: The Malaysian Times Berikutan Pengumuman lepas yang membenarkan pengguna jalan raya…