VIDEO: Peranti pintar sebagai pad brek? Biar betul?

oleh Mohamad Hanif|
Telefon bimbit klasik seperti Nokia 3310 kerap disifatkan sebagai peranti yang benar-benar tahan lasak, namun apa yang dilakukan oleh pengeluar peranti pintar iQOO ini benar-benar diluar jangkauan pemikiran.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebagai sebahagian daripada promosi peranti pintar iQOO 3, mereka bertindak menggunakannya sebagai pad brek untuk kereta BMW 5 Series 530Li.

Ujian ketahanan ini memerlukan kereta BMW tersebut dipandu mengelilingi litar, sementara dua peranti pintar tersebut digunakan bagi menggantikan pad brek asal untuk menghentikan kereta tersebut.

Bila sebut soal pemanduan di litar, sudah pasti kereta tersebut dipandu pada kelajuan yang tinggi, dan memerlukan tahap geseran yang amat tinggi untuk memberhentikan kereta sebelum memasuki selekoh.

Menariknya, pada penghujugn video tersebut, kedua-dua peranti itu menampakkan kesan calar, namun masih lagi mampu berfungsi seperti asal.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
GP4-MS Angkup brek blok tunggal ini dikatakan lahir dari litar lumba dan direka untuk kegunaan…
Berita Domestik
Emerald-Brembo merupakan satu-satunya pengedar rasmi produk BREMBO di Malaysia yang membekalkan…
Berita Domestik
  Menurut Bendix yang memiliki pengalaman berpuluh tahun dalam bidang pembrekan ada tiga komponen…