Video pendakian 90 darjah Jeep tular di Instagram

oleh Afandi Che Muhamad|
Seorang lelaki, Chuck Converse, 35, menggemparkan pengguna Instagram selepas memuat naik satu rakaman video menunjukkan dirinya sedang memandu sebuah jeep mendaki cerun bukit yang sangat curam di Taman Negara Sand Hollow dekat Utah, Amerika Syarikat.

Video berdurasi kira-kira 20 saat itu menjadi tular dan telah ditonton lebih 600,000 kali.

Chuck (gambar) sewaktu berkongsi video tersebut menerusi akaun media sosial berkenaan pada 20 Januari lalu ada menyatakan itu bukan kali pertama dia berbuat demikian.

"Dalam video tersebut, saya memandu Jeep Wrangler keluaran tahun 2006. Saya tidak takut kerana sudah berulang-kali melakukan perkara tersebut (mendaki bukit dengan kadar kecuraman 90 darjah berkenaan menggunakan jeep sama).

"Bahkan saya pernah mendaki bukit itu ketika hujan turun. Jeep ini memang hebat!," katanya.

Menurut Chuck, jeep itu telah diubahsuai selepas terlibat dalam kemalangan teruk sebelum ini.

Sementara itu, seorang pengguna Instagram, Pat Mac berkata, jeep dipandu lelaki itu memiliki keupayaan pendakian luar biasa.

Dalam perkembangan sama, seorang pengguna lain, John Marion tergamam melihat aksi berbahaya dilakukan Chuck.

"Wow! Pertama kali saya melihat jeep sehebat ini. Ini mungkin jeep terbaik di dunia," tutur John.

(Gambar di atas ini menunjukkan Jeep dipandu Chuck berjaya menamatkan pendakian di bukit berkenaan)

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Jeep, jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena SUV dan trak pikap off-road kerana…
Berita Global
Pendatang baharu ke dalam senarai trak pikap 6x6 kali ini ialah sebuah Jeep Wrangler yang telah…
Berita Global
Berdasarkan ujian yang dijalankan baru-baru ini oleh EURO NCAP, Fiat Panda menjadi kenderaan kedua…