Video: Pemandu F1, Valtteri Bottas lawat Pengerang Integrated Complex

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun pasukan Mercedes-AMG PETRONAS kini merangkul gelaran berganda buat kali keenam, pemandu pasukan tersebut Valtteri Bottas percaya pasukan tersebut perlu berusaha gigih.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Kata kunci kepada kemenangan adalah kerjasama berpasukan!"

Pemandu yang berusia 30 tahun itu kini diberikan penghormatan untuk melawat Pengerang Integrated Complex (PIC) - sebuah projek mega bernilai $27 bilion yang terletak di Johor. 

Lawatan Valtteri tersebut turut dibimbing oleh Datin Anita Azrina Abdul Aziz, Ketua Bahagian Pengurusan Risiko di PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation (PRPC).
 


Menurut Datin Anita, "di PIC, kami memiliki satu pegangan iaitu "Satu Pasukan, Satu Matlamat", sama seperti pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport di mana kerjasama pasukan dan pembangunan bakat penting dalam memacu kejayaan sesebuah projek.

Valtteri ketika mengulas lawatan beliau berkata, "semenjak saya menyertai pasukan PETRONAS, saya berasa amat teruja dengan etika kerja yang ditunjukkan oleh setiap pekerja dan inilah yang menghasilkan keputusan yang terbaik dalam setiap perlumbaan.

"Di sini, situasi dan etika kerja adalah sama seperti situasi setiap kali perlumbaan F1, namun pada skala yang lebih besar!"

PIC mempunyai kapasiti penapisan sebanyak 300,000 tong minyak mentah dalam sehari, dan daripada itu ia menghasilkan variasi produk petroleum berkualiti tinggi, termasuklah gasolin dan diesel yang memenuhi piawaian Euro 5. 

Pusat penapisan petrokimia ini dioperasikan oleh Pengerang Refining and Petrochemical (PRefChem), kerjasama strategik antara PETRONAS dan Saudi Aramco. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…