VIDEO: Pemandu Accord tersangkut di jambatan angkat

oleh Mohamad Hanif|
Gara-gara kelalaian petugas, seorang pemandu Honda Accord berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya tersangkut di jambatan angkat di Florida.

Berdasarkan laporan daripada WPTV, insiden tersebut sebenarnya berlaku pada Oktober tahun lalu di Ocean Avenue Bridge, Lantana, Florida.

Video rakaman tersebut memaparkan kereta Honda itu sedang menyeberangi jambatan sejurus selepas pintu pagar pertama ditutup, dan tidak sempat untuk melepasi pintu pagar kedua sekaligus tersangkut di bahagian penghujung ketika jambatan tersebut diangkat.

Menurut laporan, pegawai yang bertugas mendakwa tidak melihat kehadiran kereta tersebut semasa menaikkan jambatan tersebut, dan disebabkan insiden ini pegawai tersebut telah dipecat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pengenalan Accord 2023 adalah simbol kepada gaya reka bentuk baharu Honda yang sebelum ini…
Berita Global
Sedan generasi kesebelas itu dikatakan bakal membawakan keseronokan kembali ke dalam segmen sedan…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata ketika kejadian…