VIDEO: Pelumba WSBK uji prestasi ZX-25R!

oleh Mohamad Hanif|
Sepatutnya sportsbike suku liter Kawasaki ZX-25R diperkenalkan secara rasmi pada 4 April ini, sebelum pihak Kawasaki Indonesia memutuskan untuk tidak meneruskan acara ini demi membendung penularan wabak virus COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, usah risau kerana Kawasaki Indonesia dikatakan akan memulakan proses tempahan pada tarikh yang sama. 

Untuk menghiburkan hati yang lara, pihak Kawasaki Indonesia telah menerbitkan sebuah video rakaman ujian ZX-25R yang dilakukan di Litar Jerez, Sepanyol. 

Perlumba professional Kawasaki Racing Team, Jonathan Rea telah diberikan penghormatan untuk menguji dan melepaskan segala kuasa yang terpendam pada jentera versi kecil kepada motosikal lumba mereka. 

Seperti yang kita semua maklum, sportsbike 250 cc ini ternyata mampu mencapai putaran enjin sehingga 17,000 rpm pada kelajuan menghampiri 160 km/j berdasarkan rakaman tunggangan  yang dilakukan. 

Tidak perlu bercerita panjang, kami biarkan anda selami dan hayati sendiri dunia motosikal suku liter dengan nadi empat silinder sebaris ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini bertempat di Bologna, Itali, sempena menyambut kemenangan berganda pertama dalam…
Model Terbaharu
Memperkenalkan, (awas, nama memang panjang!) Ducati Panigale V2 Bayliss 1st Championship 20th…
Berita Global
Dan hasil projek one-off pasukan tersebut membuatkan anda akan menyangka ia adalah sebuah Suzuki…