VIDEO: Pelanggaran antara Proton Perdana dan Porsche GT3 RS di MRR2

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemandu didapati gagal untuk mengawal Proton Perdana yang dipandunya lantas merempuh sebuah Porsche GT3 RS di Lebuhraya MRR2 menghala ke Batu Caves ahad lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Insiden yang berlaku pada 27 Mei itu dirakam menerusi kamera dashboard yang terpasang pada sebuah lagi Porche ketika mereka sedang bersiar-siar menikmati hari hujung minggu. 

Rakaman tersebut menunjukkan sebuah Proton Perdana dilihat cuba untuk memotong beberapa buah kenderaan dari arah belakang sebelum hilang kawalan dan terbabas pada sisi kiri jalan. 

Kesan akibat hilang kawalan tersebut, Proton Perdana tersebut turut merempuh Porche GT3 RS dari arah kanan sebelum berhenti di hadapan Porsche tersebut. 

Saksikan video rakaman yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook berkenaan pelanggaran kedua-dua kenderaan tersebut. 
 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Peraturan ini telah dibuat oleh Pertubuhan Keselamatan Trafik Lebuhraya Nasional (NHTSA) pada tahun…
Berita Global
Pasukan polis cawangan Sussex, Britain telah menerbitkan satu rakaman kamera dashboard yang…
Informasi
Kamera ‘dashboard’ atau ‘dashcam’, kini semakin popular kerana kegunaanya yang dapat merekodkan…