Video: Nissan Serena S-Hibrid - MPV lengkap untuk sebuah keluarga

oleh SALINA JALIL|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd telah melancarkan Nissan Serena 2.0L S-Hybrid secara rasmi pada bulan Mei tahun lepas yang didatangkan dengan pelbagai teknologi dan ciri pintar. Nissan Serena S-Hybrid juga didatangkan dengan dua gred iaitu Highway Star dan Premium Highway Star.

Dengan harga bermula dari RM131,888 (Highway Star) dan RM143,888 (Premium Highway Star - Two Tone Color) tanpa insurans, kami telah diberikan gred Premium untuk kami mulakan sesi perkenalan dan beramah mesra dengan model ini.

 

Perbezaan antara model terdahulu dengan model yang terkini, kami  dapati beberapa pembaharuan telah diberikan kepada MPV tujuh tempat duduk ini seperti:

 

Ciri baharu iaitu Nissan Intelligent Mobility (NIM) ini membawa kepada:

  • Sistem S-hybrid dengan motor ECO bagi menambah tenaga tork bagi memulakan perjalanan. 
  • Intelligent Around View Monitor (I-AVM) menampilkan kamera bantuan 360o memudahkan pengendalian kenderaan. 
  • Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) mengesan objek bergerak dan memberi amaran kepada pemandu sangat praktikal memandangkan 'akuarium' bergerak ini berpetak dan panjang.
  • Intelligent Driver Alertness (I-DA) menyampaikan amaran ketika sistem mengesan ketidakstabilan pergerakan pemanduan. 

 

pic 1

 

Dalam bahagian hud hadapan dan nadi kepada Nissan Serena S-Hibrid ini pula, ia adalah seperti berikut:

  • nadi kuasa 2.0 liter (MR20DD) dengan ciri Twin CVTC (Continuously Variable-Valve Timing Control), 
  • 150 PS 
  • kuasa tork 200 Nm 
  • Dual Arm Tensioner (DAT) mengurangkan kehilangan kuasa serta meningkatkan penjimatan bahan api.
  • penjimatan bahan api terbaik  (14.2 km/l - NEDC R101), secara keseluruhan penjimatan sebanyak 13% berbanding model terdahulu. 
  • berstatus Energy Efficient Vehicle (EEV).

 

Antara aspek keselamatan yang tersedia Serena S-Hybrid adalah:

  • Enam buah beg udara SRS, 
  • Vehicle Dynamic Control (VDC), 
  • Sistem kawalan cengkaman (TCS), 
  • Sistem brek anti-kunci (ABS), 
  • Bantuan brek (BA), 
  • Pembahagian kuasa brek elektronik (EBD), 
  • Bantuan mula mendaki (HSA), 
  • ISOFIX yang ditempatkan di baris kedua. 

 

Apa yang kami suka tentang model ini adalah:

  • dari bahagian luaran ia nampak kecil tetapi sekiranya anda berada di dalam ruang kabin, ia amat selesa.
  • pintu gelongsor ini didatangkan dengan sensor yang 'user friendly', jadi anda tidak perlu terkial-kial mencari kunci yang tersorok di dalam beg.
  • anda mempunyai pilihan untuk membuka boot belakang, samada membuka 'keseluruhan' boot atau sebahagian sahaja. *(sila saksikan video yang disertakan)
  • ada 13 cara untuk mengolah bahagian tempat duduk untuk memberi ruang sekiranya anda perlu untuk membawa basikal atau membawa barang-barang untuk berniaga di pasar malam.
  • sekiranya anda membawa muatan penuh dan memandu pada kelajuan yang mendapat perhatian kamera AES, ia terasa 'melekat di jalan', stabil dan mudah dikendalikan.
  • sememangnya penggunaan bahan api amat menjimatkan dan anda boleh lejan tanpa rasa was-was.
  • Tujuh USB port, kiranya setiap satu penumpang mempunyai satu USB Port, ini mengurangkan tekanan dan stress pemandu kerana tiada lagi peperangan di antara anak-anak yang berebut bagaikan ribut taufan yang melanda semasa perjalanan.

 

Dan apa yang kami rasa perlu mendapat penambahbaikan adalah:

  • kedudukan barisan ruang tempat duduk, kami rasa ia lebih pratikal sekiranya didatangkan dengan barisan tempat duduk 2-3-2 dan bukan 2-2-3 kerana 'captain seat' di barisan kedua tidak begitu praktikal lebih-lebih lagi untuk keluarga yang besar.
  • kamera undur perlu diberikan saiz yang lebih besar dan bukan berada di sudut hujung. 


Dengarkan ulasan lanjut tentang Serena S-Hibrid ini di video ini:

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
    Peraduan ini merupakan satu kolaborasi unik di antara ETCM dan JKG Land Berhad, di mana…
Berita Domestik
Nissan mendefinisikan semula bagaimana manusia bergerak, dengan visi menjadikan pengangkutan lebih…
Berita Domestik
Nissan Almera, Grand Livina, Serena S-Hybrid dan X-Trail akan ditawarkan pada harga bermula dari …