VIDEO: Nissan kongsi tiga fakta baharu berkaitan pemilik kereta elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Kajian terkini oleh Nissan di Asia Tenggara mendapati kereta elektrik (EV) bukan hanya untuk mereka yang sudah fasih dengan konsep itu, tetapi satu pertiga dari pengguna di rantau ini sudah berfikir untuk menjadikan EV sebagai belian kenderaan mereka selepas ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk menerangkan lebih lanjut kenapa EV semakin diterima, pengembara dan juga saintis alam semula jadi dari Australia, Tim Jarvis bekerjasama dengan Naya Ehrlich-Adam, pengasas perniagaan Brocolli Revolution di Bangkok.

Kedua mereka berkongsi pengalaman menggunakan Nissan Leaf, kereta elektrik terlaris dunia.

Di bawah ialah tiga fakta yang mereka temukan.

 

 

1. Kenderaan Berkuasa Bateri (BEV) mengurangkan perbelanjaaan bahan api dan kos penyelenggaraan

  • Kebanyakan pemandu di Asia Tenggara berjalan kurang dari 80 km sehari dan menggunakan lebih kurang 5.6 liter bahan api. 
  • Dengan menggunakan Leaf dengan bateri 40kWh, mereka mampu menjimatkan sehingga US$6.00 sehari atau lebih dari US$2,190 setahun.
  • Di Australia dan di New Zealand, pemilik Nissan Leaf menjimatkan US$50.00 untuk setiap 1,000 km berbanding dengan kenderaan petrol.
  • Penyelenggaraan untuk EV juga lebih rendah. Di US contohnya, pemilik EV menjimatkan sebanyak US$650 setahun dalam kos servis.
  • Kos pembelian EV juga dijangka menjadi lebih murah dari kenderaan enjin biasa menjelang tahun 2040.

 

 

2. EV seluas kereta normal; dan mampu memecut selaju itu juga

  • Ramai pengguna menyangkakan EV mempunyai ruang yang lebih sempit kerana bateri.
  • Sebenarnya, tanpa enjin biasa, ruangan but menjadi besar.
  • Nissan Leaf mempunyai but sebesar 435 liter!
  • Dari segi prestasi, Leaf mampu memecut dari 0 ke 100 kmsj dalam masa 7.9 saat, mengalahkan Myvi Kuning atau Neo lowered. 
  • Kedudukan bateri di bahagian bawah rangka kenderaan menjamin pengendalian yang lebih menarik.

 

 

3. Pemilik EV menjamin masa depan yang mapan

  • Antara kelebihan utama EV ialah ia tidak melepaskan sebarang gas ke ruang angkasa dan ia mesra alam.
  • Sebanyak 85 peratus dari pengguna di Asia Pasifik sudah mula runsing akan isu-isu alam semula jadi.
  • Pemilik kenderaan EV sebenarnya membantu manusia sejagat memelihara alam semulajadi untuk generasi mendatang.

 

Saksikan video keempat oleh Nissan berkaitan pemilikan EV.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…