VIDEO: Misteri Toyota Alphard tiba-tiba melayang ke udara

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu rakaman pemanduan dashcam yang cukup ngeri untuk dilihat, apatah lagi ia berlaku sendiri di depan mata.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Rakaman video yang diperoleh daripada akaun Twitter かいと  menyatakan kejadian ini berlaku di Gifu, berdekatan dengan bandar Nagoya.

 


Dalam kejadian ketika musim hujan tersebut, sebuah Toyota Alphard berwarna putih dilihat sedang bergerak di belakang bas sebelum kenderaan tersebut tiba-tiba melayang ke udara seketika akibat pancuran air bertekanan tinggi dari arah bawah tanah.

Menurut sebuah lagi akaun Twitter @GifuOshiroShiba, kejadian aneh tersebut sebenarnya disebabkan oleh tekanan air yang semakin meningkat di dalam saluran air bawah tanah disebabkan hujan lebat, dan tekanan tersebut hanya mampu disalur keluar menerusi lubang jalan yang kebetulan dilalui oleh minivan itu tadi.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemenang hadiah utama ialah Channumathy Manogaran dari Klang yang membawa pulang sebuah Perodua…
Pelancaran
Dari segi penawaran, Alphard dan Vellfire generasi baharu ini menampilkan ciri-ciri termaju,…
Berita Global
Berdasarkan video yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram @infoponorogo, peniaga wanita itu…