Video: Mercedes-Benz G-Class, Honda CR-V terima markah lima bintang penuh Euro NCAP

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Euro NCAP baharu sahaja mengeluarkan keputusan ujian pelanggaran bagi kenderaan baharu iaitu Mercedes-Benz G-Class, Honda CR-V dan SEAT Tarraco, dan kesemua unit yang dinamakan tadi berjaya memperoleh penarafan lima bintang penuh. 

Ketiga-tiga SUV tersebut memperoleh skor sekurang-kurangnya 90 peratus bagi perlindungan penumpang dewasa dengan SEAT Tarraco menjadi pendahulu dengan skor 97!
 


SUV tujuh tempat duduk tersebut memperoleh penarafan Good dan Adequate bagi keseluruhan aspek kecuali perlindungan whiplash bagi penumpang belakang yang mendapat skor pertengahan. 

Honda CR-V pula memperoleh skor 93 peratus, akan tetapi dari segi aspek perlindungan whiplash bagi penumpang belakang SUV tersebut mendapat skor Poor

G-Class pula berjaya memperoleh skor 90 peratus walaupun skor perlindungan terhadap bahagian atas badan penumpang dikategorikan sebagai Marginal dan Weak

Tatkala skor perlindungan terhadap kanak-kanak adalah hampir serupa antara ketiga-tiga SUV tersebut, CR-V menerima skor yang rendah dalam perlindungan terhadap pejalan kaki - 70 peratus berbanding Tarraco (79%) dan G-Class (78%). 

 

 

Antara aspek penting dalam melengkapkan penarafan lima bintang Euro NCAP adalah sistem bantuan keselamatan terkini seperti sistem brek kecemasan autonomi dan sistem mitigasi pelanggaran.

Namun, SEAT Tarraco memperoleh skor 79 peratus oleh kerana kelemahan pada ciri kawalan kelajuan, manakala Honda CR-V pula mendapat skor 76 peratus kerana menawarkan interaksi antara kenderaan dan pemandu yang mencukupi pada ciri bantuan pengekalan laluan. 

Mercedes-Benz G-Class hanya memperoleh skor Marginal dalam aspek ini, dengan skor paling rendah 72 peratus di kalangan ketiga-tiga SUV tadi. 

Saksikan video rakaman ujian pelanggaran kenderaan baharu bagi ketiga-tiga SUV yang dijalankan oleh Euro NCAP. 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk melepasi ujian tersebut bukan mudah, namun dalam perkembangan terbaharu Euro NCAP bertegas…
Berita Global
ORA GOOD CAT dengan mudah berjaya mencapai penarafan Hijau 5 bintang dengan meraih purata skor…
Berita Global
Menjadi pendatang baharu dalam saingan EV sedan segmen D dan hatchback segmen C, kedua-dua Seal dan…