VIDEO: Mercedes-AMG A 45 S catat masa 7:48 saat di Litar Neraka Hijau

oleh Mohamad Hanif|
Ketika hot hatch Mercedes-AMG A 45 S menjengah pasaran dunia, ia ternyata mencuri tumpuan dengan spesifikasi enjin yang ditawarkan untuk kategori hot hatch.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakan tidak, enjin spesifikasi kilang 2.0 liter empat silinder sebaris berkuasa turbo itu mampu menghasilkan 415 kuasa kuda dan 500 Nm itu menjadikannya enjin empat silinder produksi paling berkuasa di dunia.

Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan empat roda 4MATIC menerusi transmisi klac berkembar 8 nisbah kelajuan, memberikan pecutan sepantas 3.9 saat dari 0-100 km/j.

Tolak ketepi angka tersebut, bagaimanakah prestasi sebenar Mercedes-AMG A 45 S mengelilingi litar neraka hijau atau nama rasminya Nurburgring?

 


Berdasarkan catatan masa yang direkodkan, hot hatch Mercedes ini berjaya meraih masa 7 minit 48.8 saat, berjaya menyamai rekod yang diperoleh Porsche 911 GT3 RS (tahun 2007), selain mengalahkan BMW M4 (7:52) dan Caterham R500 Superlight (7:55).

Namun, jika dibandingkan dengan prestasi hot hatch generasi baharu seperti Renault Megane R.S Trophy-R (7:40.1) dan Honda Civic Type R (7:43.8), prestasi Mercedes-AMG A 45 S ini masih dilihat agak perlahan.

Apatah lagi Mercedes-AMG A 45 S mempunyai kelebihan sistem pacuan semua roda jika dibandingkan dengan jentera pacuan roda hadapan pada Renault dan Honda, serta enjin yang lebih berkuasa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Laman media sosial litar Neraka Hijau Nurburgring Ahad lalu telah memuat naik sekeping gambar yang…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…
Berita Global
Ini kerana pengeluar kereta elektrik dari Croatia, Rimac telah berjaya memecahkan rekod pusingan…