VIDEO: Mazda3 2.5 Turbo mampu lakukan pecutan 0-60 batu sejam dalam 5.75 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun Mazda tidak pernah mengiklankan model hatchback Mazda3 yang dilengkapi dengan enjin 2.5 liter turbo itu sebagai sebuah hot hatch, akan tetapi dengan kuasa yang dihamburkan, ia mampu menunjukkan keputusan yang mengejutkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu ujian pecutan yang dibuat oleh MazdaMovement, Mazda3 dengan enjin 2.5 liter turbo berkuasa 250 hp dan 434 Nm itu dikatakan mampu mencapai pecutan sepantas 5.75 saat dari 0-60 batu sejam (0-96 km/j).

Menurut MazdaMovement, mereka meletakkan kereta tersebut di dalam mod Sport manakala transmisi pula di dalam mod Auto (tidak menggunakan paddle shifter), serta mematikan fungsi kawalan cengkaman.

 


Pencapaian ini menyamai apa yang pernah ditunjukkan oleh hot hatch lain seperti Honda Civic Type R dan Renault Megane R.S. Trophy, dan berjaya memadamkan pencapaian Hyundai i30 N dan VW Golf GTI.

Satu perkara yang cukup mengejutkan, memandangkan Mazda sendiri tidak begitu berminat 'menghasilkan' sebuah hot hatch sebenar selepas mengenepikan Mazdaspeed3.

Malah, beberapa laporan terdahulu turut mengesahkan bahawa subjenama Mazdaspeed tidak akan lagi dihidupkan semula memandangkan hala tuju Mazda kini tertumpu kepada menjadi sebuah jenama Jepun yang lebih premium.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam catatan terbaharu yang dibuat, Koenigsegg Regera berjaya melengkapkan pecutan 0-400-0 km/j…
Berita Global
Mod pemanduan WTF itu sebenarnya didatangkan secara standard pada varian Edition 1 yang dilengkapi…
Informasi
Jika diturutkan kepada teori pecutan, ia didefinisikan sebagai kadar perubahan halaju terhadap masa…