Dari generasi ke generasi, Honda senantiasa menambahbaik spesifikasi Civic berlogokan H merah, baik dari segi kuasa enjin, serta talaan casis dan suspensi yang diperlukan untuk hot hatch tersebut.
Saluran YouTube Carwow berjaya mengumpulkan lima generasi Civic Type R yang telah muncul sejak tahun 2001 di dalam satu perlumbaan drag untuk menentukan model manakah yang lebih pantas.
Berikut merupakan spesifikasi ringkas untuk setiap Civic Type R yang ditampilkan:
Civic Type R EP3
-nadi 2.0 liter NA (K20A)
-197 hp, 196 Nm
-berat 1,210 kgCivic Type R FN2
-nadi 2.0 liter NA (K20A)
-198 hp, 193 Nm
-berat 2,793 kgCivic Type R FK2
-nadi 2.0 liter turbo (K20C1)
-306 hp, 400 Nm
-berat 1,382 kgCivic Type R FK8
-nadi 2.0 liter turbo (K20C1)
-317 hp, 400 Nm
-berat 1,405 kgCivic Type R FL5
-nadi 2.0 liter turbo (K20C1)
-325 hp, 420 Nm
-berat 1,429 kg
Antara kelima-lima Civic Type R, Civic FL5 merupakan hot hatch yang paling berkuasa, dan juga paling berat berbanding abang-abangnya yang terdahulu.
Jadi, bagaimana pula prestasi pecutan sebenar Civic Type R?
Berdasarkan ujian yang dijalankan oleh Carwow, Civic Type R FK2 berjaya menyelesaikan pecutan suku batu dalam masa 13.8 saat, diikuti Civic Type R FL5 dan FK8 (14.0 saat).
Sementara dua generasi Civic Type R EP3 dan FN2 nampaknya sukar untuk menyaingi model generasi baharu, dengan catatan masa masing-masing 15.3 saat dan 16.3 saat.
Ia bakal menjadi satu pertarungan yang menarik jika perlumbaan tersebut disertai sekali oleh Civic EK9 serta Civic FD2.
Namun harus diingat, hot hatch Civic EK9 hanya ditawarkan eksklusif untuk pasaran Jepun, sementara sedan Civic FD2 pula hanya dijual di Jepun dan Malaysia sahaja.
Video penuh boleh ditonton pada pautan Youtube di bawah:
Sumber: Carwow