Video: Lihat bagaimana Honda Civic Type R baharu dihasilkan di kilang pemasangan Yorii, Jepun

oleh Penyumbang Rencana|
Dengan kehadiran generasi FL5, Honda Civic Type R berjaya merancakkan lagi dunia permotoran terutama bagi peminat hot hatch.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model Civic Type R sememangnya menjadi kegilaan dan pilihan bagi jejaka berjiwa kelajuan semenjak generasi pertamanya EK9, yang terbukti memiliki ketangkasan di jalanan dan juga di litar.

Bagi generasi FL5, setiap unit yang dihasilkan datang dari kilang pemasangan Honda di Yorii, Jepun.

 

kilang yorii


Tidak semua komponen Civic Type R FL5 dihasilkan oleh kilang pemasangan itu.

Seperti contoh, enjin 2.0 liter turbo yang digunakan datangnya dari fasiliti Anna Engine Plant, Ohio dan transmisi manual 6 kelajuannya datang dari kilang Honda di Suzuka.

Honda kemudian menghantar enjin dan transmisi tersebut untuk dipasangkan di kilang Ogawa lalu dihantar ke kilang pemasangan Yorii.

 

kilang yorii


Kilang pemasangan Yorii memastikan keseluruhan proses penghasilan FL5 berjalan lancar, daripada proses penghasilan badan kosong hinggalah proses terakhir penghasilan iaitu pemeriksaan kualiti keseluruhan.

FL5 dikuasakan dengan enjin K20C1 4 silinder 2.0 liter turbo yang dinaik taraf berbanding versi FK8, menghasilkan sehingga 315 HP dan 420 Nm, dibantu dengan aliran kemasukan udara dan sistem ekzos yang lebih cekap.

Anda boleh saksikan sendiri proses penghasilan FL5 pada video Honda di bawah.

 


Sumber: carscoops

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti…
Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…
Berita Global
Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring…