VIDEO: Lexus LFA vs Lexus LC 500 - Siapa paling pantas?

oleh Mohamad Hanif|
Siapa yang tidak kenal Lexus LFA, sebuah supercar dengan enjin 4.8 liter bentangan V10 1LR-GUE hasil karya Yamaha yang mampu menghasilkan bunyi nyaring ala-ala F1, menjadikan ia antara kereta dengan bunyi yang paling terbaik pernah dihasilkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lexus LFA dihasilkan dalam 500 unit terhad, dengan unit terakhir keluar daripada barisan produksi di Kilang Motomachi sekitar tahun 2012 lalu. 

Jadi, bagaimana sekiranya kita membandingkan prestasi Lexus LFA ini dengan generasi baharu kereta sports Lexus LC 500?

 

 

CarWow UK berjaya mendapatkan kedua-dua unit Lexus LFA dan Lexus LC 500 untuk diuji prestasi dan berdasarkan ujian senget sebelah itu, nampaknya Lexus LC 500 bukanlah pesaing utama kepada Lexus LFA. 

Sekiranya dibandingkan secara atas kertas, Lexus LC 500 dijana enjin V8 5.0 liter (naik taraf daripada unit asal yang terdapat di RC F) yang mampu menghasilkan 471 hp dan 540 Nm dengan gandingan transmisi auto 10 nisbah kelajuan.


Nadi paling garang V10 itu pula menghasilkan 552 kuasa kuda dan 480 Nm daya kilas sebelum kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi elektrohidraulik manual enam nisbah kelajuan. 

Bukan sekadar kuasa, malah casis LFA yang diperbuat daripada polimer diperkukuh gentian karbon itu hanya seberat 1,600 kg sahaja, berbanding LC 500 (1,950 kg). 

Jadi, perbezaan berat antara kedua-dua kenderaan ini memungkinkan Lexus LFA kekal sebagai pemenang di dalam ujian ini. 

Sumber gambar utama: Lexus Enthusiast

Berita Berkenaan

Berita Global
Update 1.40 "Spec II" Gran Turismo 7 ini membawakan tujuh model kereta baharu ke dalam permainan,…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat tujuh buah kereta baharu yang bakal…
Berita Global
Pada tahun 2016, bos Lexus Eropah mengesahkan tiada sebarang pengganti untuk model tersebut yang…