VIDEO: Lewis Hamilton pandu Mercedes-AMG One lepas habis bekerja

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai seorang pelumba Formula One yang berjaya, juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton memiliki koleksi kenderaan yang bukan biasa-biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada Ferrari LaFerrari, Pagani Zonda dan McLaren P1, beliau juga turut mengumpul hasil kerja tangan lagenda Carrol Shelby, seprti Shelby 427 Cobra 1966 dan Ford Mustang Shelby GT500 1967.

 


Namun, bila mana beliau bekerja (baca: berlumba), syarikatnya bukan sahaja menawarkan jentera F1 yang sungguh hebat, akan tetapi sebuah jentera jalanan yang paling berkuasa memakai lencana bintang berbucu tiga - Mercedes-AMG One.

Menerusi satu kempen pemasaran terbaharu bagi memperlihatkan teknologi jentera AMG yang dielektrifikasikan, pemandu berusia 35 tahun itu dilihat memandu uji Mercedes-AMG One selepas 'selesai' berlumba di litar.

 


Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Mercedes-AMG One bukan calang-calang hypercar - ia menggunakan enjin perlumbaan F1 1.6 liter V6 (daripada jentera F1 W05 tahun 2015) serta dibantu dengan empat motor elektrik (dua pada gandar hadapan, motor MGU-K dan motor MGU-H).

Secara keseluruhan Mercedes-AMG One mampu menghamburkan kuasa melebihi 1,000 hp, dan memiliki pecutan 0-96 km/j dalam masa bawah 3 saat dan kelajuan tertinggi 350 km/j.

 


AMG turut mengesahkan enjin perlumbaan V6 tersebut tidak akan dibenarkan berputar sehingga 11,000 rpm seperti jentera F1, disebabkan kekurangan bahan api beroktana tinggi di kebanyakan stesen minyak, serta bertujuan untuk menjaga ketahanan enjin.

Mercedes-AMG One hanya akan diserahkan kepada 275 orang pemilik bermula tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun bertukar pasukan, beliau tidak membatalkan tempahan untuk model edisi terhad Mercedes-AMG…
Berita Global
Bercakap kepada CarSales, pengarah pembangunan kenderaan Mercedes-AMG Steffen Jastrow menjelaskan…
Berita Global
  Rekod tersebut dibuat pada 28 Oktober 2022 dan menariknya dipandu ke litar pada pukul 5:14:31…