VIDEO: Lelaki Jepun ini jadikan Toyota GR86 sebagai tempat bermalam

oleh Mohamad Hanif|
Di Jepun, trend campervan adalah sangat popular di mana terdapat beberapa lokasi tempat letak kenderaan yang disediakan khusus untuk tujuan itu.

Bergantung kepada bajet, anda boleh dapatkan campervan menggunakan kei-car sebagai asas, sehinggalah kepada kenderaan yang lebih besar seperti Hiace atau dengan menyewa sendiri motorhome atau kenderaan rekreasi (RV).

Untuk keselesaan, pilihan di atas adalah sesuatu yang anda patut pertimbangkan, namun tidak bagi lelaki ini.
 

GR86


Berdasarkan video yang diperoleh daripada saluran YouTube Koooo Drive & Camp, lelaki ini lebih gemar memilih Toyota GR86 - sebuah kereta sports 2+2 pacuan roda belakang dengan ruang dalaman yang jauh lebih sempit untuk dijadikan sebagai ruang untuk bermalam.

Dengan keadaan kabin yang tidak begitu luas, agak sukar untuk mendapatkan ruang yang selesa, namun dengan kreativiti lelaki ini mampu menyediakan ruang yang rata untuk meletakkan beg tidur serta beberapa barangan lain.
 

GR86


Mujur juga ruang kargo Toyota GR86 'cukup besar' untuk memuatkan barangan yang dibawa termasuklah beg penyejuk, meja kayu yang dibina sendiri, lampu LED serta tirai tingkap untuk tujuan privasi ketika bermalam.

Tak percaya? Anda boleh tonton sendiri bagaimana lelaki Jepun ini berjaya menjadikan Toyota GR86 sebagai sebuah tempat untuk bermalam di kawasan parkir kereta pada pautan di bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dan sudah pasti ramai yang tertanya, adakah MPV besar gedabak ini sesuai dijadikan sebagai sebuah…
Gaya Hidup
Sudah banyak contoh yang pernah Careta utarakan sebelum ini, namun contoh yang kami paparkan ini…
Berita Global
Menerusi acara Caravan Salon Düsseldorf, Mercedes-Benz memperlihatkan Citan yang telah diubah…