VIDEO: Lamborghini perdengar bunyi enjin V12 Countach LPI 800-4

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini Countach LPI 800-4 merupakan model edisi terhad yang dihasilkan oleh pengeluar Sant'Agata Bolognese bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-50, tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia juga merupakan antara model-model terakhir yang dilengkapi dengan nadi V12 6.5 liter yang dipinjamkan secara terus daripada model Aventador, dan sistem elektrik 48V daripada model Sian.

Menurut Lamborghini, Countach moden berkuasa 802 hp ini mampu memecut sepantas 2.8 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 354 km/j.

 


Sama seperti model-model V12 yang lain, Countach juga nampaknya mampu menyediakan irama deruman V12 serta not ekzos yang sedap didengar, seperti yang anda boleh dengarkan menerusi video daripada saluran Youtube Varryx di atas.

Unit yang dipaparkan dalam video itu berkemungkinan besar merupakan unit prototaip berdasarkan panel depan yang masih lagi belum dicat, dan pemandu uji Countach itu juga dilihat sengaja memandu dalam keadaan senyap apabila ia lalu di depan kamera untuk kali kedua.

Sebagai makluman, hanya 112 unit sahaja Lamborghini Countach LPI 800-4 yang akan diproduksikan dengan harga jualan bermula dari $2.64 juta (RM11.18 juta).

Baca: Lamborghini Countach LPI 800-4

Baca: Pembeli Countach moden turut miliki Countach klasik

Baca: Countach moden tak dapat pengiktirafan pereka asal

Baca: Lamborghini Countach '79 filem The Cannonball

Berita Berkenaan

Berita Global
Sesetengah kita mungkin berpendapat ia sebuah model retro moden yang menarik perhatian, dan ada…
Berita Global
Sebanyak 112 unit sahaja yang diproduksikan, dan seperti yang dijangka kesemua unit tersebut telah…
Berita Global
Namun, pengasas United Nude, Rem D. Koolhaas tampil dengan idea di mana Countach digambarkan dalam…