Video lama tular kembali, PLUS ingatkan netizen supaya tidak sebar info yang tidak sah

oleh Mohamad Hanif|
Pihak PLUS Malaysia Berhad ingin memaklumkan tentang kewujudan video lama yang tiba-tiba viral di media sosial baru-baru ini.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut kenyataan, video tersebut merupakan isu lama yang terjadi pada tahun 2019 dan sudah pun diselesaikan dengan baik.

Para pengguna media sosial adalah dinasihatkan supaya tidak berkongsi sewenang-wenangnya apa jua video yang tidak disahkan kebenarannya di mana ia boleh membawa kepada penyebaran maklumat yang salah, mengelirukan orang ramai dan mencemarkan reputasi sesebuah organisasi.

Dalam siaran akhbar yang pernah Careta laporkan sebelum ini, terdapat satu video yang tular di laman sosial di mana video tersebut memaparkan seorang pengguna lebuh raya yang meluahkan perasaan tidak puas hati kerana dikenakan caj tambahan akibat menggunakan dua kad TnG yang berbeza.

Baca: Netizen kecam PLUS atas kesilapan sendiri

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan akhbar Utusan, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata…
Berita Domestik
Ini kerana PLUS menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya tersebut…
Berita Domestik
  "Ia peningkatan 20 peratus kenderaan berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa. Oleh itu,…