Video: Ken Block uji jentera Ford F-150 Raptor talaan SVC Offroad

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ken Block sebenarnya sudah pun memperkenalkan secara rasmi jentera baharu Ford F-150 Raptor awal tahun lalu namun keadaan cuaca di sana tidak membenarkan beliau memperlihatkan aksi-aksi sebenar trak pikap tersebut. 

Trak pikap Ford F-150 Raptor yang bakal menjadi bahan mainan baharu beliau ditala oleh syarikat firma penala Raptor terkenal, SVC Offroad yang sebelum ini turut bekerja keras menghasilkan RaptroTRAX (gambar di bawah), jentera salji kepunyaan Block.

 

RaptorTRAX


Boleh dikatakan hampir keseluruhan aspek Ford F-150 Raptor 2017 itu telah disentuh oleh pihak SVC Offroad, termasuklah talaan kembali enjin V6 yang meliputi komponen turbo berkembar, intercooler SVC, intake SVC, adaptor turbo SVC dan sistem ekzos Stainless Works.

Hasilnya, sebuah super trak pikap dengan 550 kuasa kuda dan 813 Nm daya kilas!

Keupayaan off-road dipertingkatkan dengan penggunaan penyerap hentak bypass hadapan Fox 3.5 dengan Mid Travel Kit, suspensi dedaun Deaver Suspension, bar traksi SVC dan penyerap hentak bypass belakang Fox 4.0 lima tiub. 

Penggunaan rim Fifteen52 Turbomac HD bersaiz 17 inci pula dibaluti dengan tayar Toyo Tires Open Country M/T bersaiz 37 inci.
 


Bagi menjadikan imej luaran trak pikap ini benar-benar sesuai dengan 'pekerjaan' Ken Block, pihak SVC telah memasang bumper hadapan Gen2 Mojave (bukan Proton Gen2), bumper belakang Gen2 Baja, Gen2 Bypass bed rack dengan storan tayar, dan fender hadapan lebar daripada gentian kaca ADV. 

Bagi menambahkan keupayaan penglihatan ketika sedang bersuka ria, sepasang bar lampu LED Rigid Industries masing-masing bersaiz 50 dan 30 inci dipasang pada bumbung dan bumper hadapan. 

Kemasan akhir pula berbentuk grafik logo Hoonigan dengan ciri pantulan cahaya yang memberikan ilusi bercahaya di dalam gelap. 

 


Saksikan Ken Block merasmikan trak pikap Ford F-150 Raptornya di gurun Moab pada pautan video di bawah.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kita mulakan dengan perubahan besar yang dibawakan oleh Ford F-150 Raptor 2021 di mana trak pikap…
Berita Domestik
  Shahrul Iman bin Sulaiman dari Pahang, yang membeli Ford Ranger XLT Plus berkata “Memenangi…
Berita Global
Namun, apa yang akan berlaku apabila beliau diletakkan di belakang stereng sebuah Ford Raptor di…