VIDEO: Kanak-kanak 3 tahun pandu Ferrari SF90 Stradale, siap buat aksi donut!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun baru berusia tiga tahun, Zayn Sofuoglu merupakan antara kanak-kanak yang sangat bertuah kerana dapat mencuba pengalaman yang rata-rata sukar untuk golongan dewasa menikmatinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antaranya, memandu sebuah Ferrari SF90 Stradale di dalam litar!

 


Berdasarkan video yang diambil daripada laman Instagram, Zayn dilihat berjaya mengendalikan supercar berkuasa 1,000 PS itu dengan mudah di atas litar Gokart, serta mampu untuk membuat aksi donut tanpa sebarang masalah.

Disebabkan fizikalnya yang masih lagi kanak-kanak, Zayn terpaksa duduk di atas kerusi kanak-kanak Cybex dan menggunakan pedal pendikit yang terpaksa diubahsuai.

 


Selain daripada mengendalikan SF90 Stradale, Zayn juga sebelum ini turut diberikan peluang untuk menunggang motosikal yang jauh lebih besar seperti skuter T-Max, Italjet Dragster, serta sebuah Honda Goldwing!

Besar kemungkinan, bakat Zayn tersebut diwarisi daripada bapanya sendiri, Kenan Sofuoglu yang merupakan bekas pelumba motosikal.

 


Kesemua aksi pemanduan tersebut dilakukan dalam fasiliti litar go kart yang tertutup, dan Zayn itu sendiri dipakaikan dengan sut keselamatan yang bersesuaian sebelum dibenarkan untuk mengendalikan supercar itu.

Ada juga sesetengah pihak yang mendakwa cara tersebut adalah tidak bertanggungjawab kerana tindakan Kenan yang membenarkan kanak-kanak bawah umur untuk mengendalikan jentera berkuasa tinggi.

Sumber: Instagram