VIDEO: Jet pejuang US akan dilengkapi dengan senjata lazer

oleh HEZERI SAMSURI|

Satu teknologi senjata dari lazer, The Self-Protect High-Energy Laser Demonstrator (SHiELD) telah lulus ujian pentingnya bulan lepas dan ini bermakna jet pejuang tentera udara Amerika Syarikat bakal menggunakannya.

SHiELD direka untuk memusnahkan peluru berpandu dari udara ke udara, ketika ia terbang. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada 23 April lalu, sebuah senjata laser darat telah diuji di New Mexico dan ia berjaya menembak beberapa peluru berpandu yang dilancarkan di udara.

Senjata itu bakal diolah untuk dipasang pada sebuah jet pejuang F-15 Eagle seawal tahun 2021.

Laser dikatakan mampu menumpaskan peluru berpandu dalam pelbagai cara. Antaranya ialah merosakkan pengesan pada kepala peluru berpandu (terutamanya pengesan infra red), merosakan badan peluru berpandu itu sendiri agar ia tidak boleh terbang dengan sempurna dan haba yang dihasilkan oleh laser mampu meletupkan peluru berpandu itu sendiri.

Saksikan video ujian itu dibawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan terkini daripada Elektrek, syarikat EV Amerika Syarikat itu dikatakan telah berjaya…
Berita Domestik
Kesemua peralatan PPE tersebut akan dihasilkan menggunakan proses pemotongan laser yang membenarkan…
Berita Global
Menariknya, anda kini tidak lagi perlu memeriksa tangki washer kerana Elon Musk dilaporkan telah…