VIDEO: Jeep Wrangler terbalik ketika ujian pelanggaran 'small overlap' IIHS

oleh Mohamad Hanif|
Dalam ujian pelanggaran kenderaan baharu yang dilaksanakan oleh IIHS, Jeep Wrangler sekadar memperoleh gred rendah di dalam ujian pelanggaran pertindihan kecil (small overlap) apabila SUV tersebut didapati terbalik selepas melanggar penghadang yang digunakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan pergerakan Wrangler yang terbaik ketika ujian, pihak IIHS terpaksa  menurunkan gred SUV tersebut kepada gred rendah walaupun secara asasnya ia beraksi cemerlang di dalam ujian pelanggaran tersebut menerusi penarafan baik (Good) di dalam ujian berikut:

  • pelanggaran pertindihan sederhana hadapan
  • pelanggaran sisi
  • penilaian penahan kepala dan bumbung

Dalam sesebuah insiden pelanggaran, situasi kereta terbalik mampu mendatangkan kecederaan tambahan kepada pemandu dan juga penumpang, jadi ia tidak diklasifikasikan sebagai hasil yang dapat diterima, walaupun Wrangler mampu melindungi ruang pemandu dan pergerakan patung dummy ketika pelanggaran.

 


Pihak IIHS juga turut menekankan bahawa kemalangan rollover memberikan kesan yang lebih teruk apatah lagi Wrangler menampilkan ciri pintu dan bumbung yang boleh dibuka.

Ini meninggikan risiko pemandu dan penumpang tercampak dari kenderaan.

Disebabkan Wrangler mempunyai ciri bumbung yang boleh dialihkan, ia tidaklah wajib untuk memasang beg udara tirai.

Selain daripada aspek pelanggaran, SUV Wrangler juga turut meraih skor lemah di dalam ujian lampu utama.

 

Sumber: IIHS

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam setiap ujian penilaian yang dibuat, Crown 2023 itu telah diberikan penilaian Baik (Good)…
Berita Global
Menguatkan lagi kedudukan Ioniq 5 di pasaran adalah pengumuman terbaharu  di mana EV Hyundai itu…
Berita Global
Dalam video terbaharu, beliau berkongsikan pengalamannya terselamat daripada kemalangan yang…