Video: Hilux drift Australia - lebih Nissan dari Toyota

oleh HEZERI SAMSURI|
Nigel Petrie ialah seorang ahli drift dari Australia dan kami terjumpa video lama mengenai Hilux drift beliau.

Yang menarik bukan mengenai kebolehan drifting oleh Hilux itu tetapi informasi teknikal kenderaan tersebut.

Cuba kita lihat spesifikasi Hilux Drift itu.

  • Kerangka space-frame dari tiub-tiub besi sebesar 16mm, 25mm, 38mm dan 45 mm.
  • Jarak roda 2,700 mm - lebih pendek dari Hilux sebenar.
  • Sistem gantungan hadapan: Pegas McPherson dari Nissan Silvia S13.

 

drift truck

 

  • Sistem gantungan belakang: Lengan dan pegas tiub crhomoly dengan knuckle dan rekabentuk sistem gantungan Nissan Silvia S15.
  • Tangki bahan api: 30-liter, petrol RON98

 

 

  • Enjin: Nissan SR20DET (dari Silvia S13) dengan modifikasi perlumbaan seperti gasket besi, aci lebih besar dan komponen-komponen perlumbaan lain.
  • Turbo: GReddy Trust TD06L2 20G 8cm dengan manifold custom.
  • Wastegate: Precision 46 mm
  • Transmini: Quaife WBE69G sequential dogbox dengan klac hidraulik, twin clutch plate dari Exedy
  • Kuasa maksimum: 436 hp (roda belakang)
  • Berat: 900 kg
  • Tempat duduk: Bride untuk Vios
  • Stereng: Nardi

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Ken, ayahnya pernah memiliki trak jenis F150 model 1977 ini dan Ken sendiri belajar memandu…
Berita Global
Menurut laporan daripada laman rasmi WTAC, pemandu yang berusia 62 tahun itu membuat keputusan…
Berita Global
Namun, apa yang akan berlaku apabila beliau diletakkan di belakang stereng sebuah Ford Raptor di…