Jika sebelum ini beliau hanya menggunakan sebuah jentera sahaja sebagai watak utama, kali ini Ken Block membawakan lima buah jentera yang berlainan dan lima buah lokasi yang berbeza di serata dunia.
Antara yang menarik perhatian ialah jentera Hoonitruck F-150 tahun 1977 yang membuat kemunculan kepada umum sekitar beberapa bulan yang lalu.
Selain daripada itu, terdapat juga Hoonicorn Ford Mustang 1965, Ford Fiesta WRC yang menjadi jentera rasmi beliau dalam World Rally Championship, Ford Escort RS Cosworth 1991 dan sebuah Ford Focus RS RX daripada Gymkhana Nine.
Tidak perlu penulis jelaskan dengan lebih lanjut, nikmati aksi berani pening beliau menerusi Gymkhana Ten!