Video: Goodyear lancarkan Aero - tayar khusus untuk kereta terbang

oleh HEZERI SAMSURI|
Seolah-olah mendengar cadangan Menteri Malaysia, syarikat tayar GoodYear menarik tirai kepada konsep tayar terbaharu mereka - Aero.

Aero direka khusus untuk merekta terbang kerana selain dari berfungsi sebagai tayar biasa, ia mempunyai kipas bila ia dibaringkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bilah-bilah besi itu berfungsi menjadi jejari (spoke) dan juga bilah kipas bila ia masuk ke mod terbang.

Goodyear juga melihat tayar masa akan datang tidak lagi datang dengan udara di dalam (pneumatik) tetapi akan menggunakan bahan kenyal yang mampu menyerap hentakan.

 

 

Walaupun dahulu sudah ada tayar getah mati, namun ia tidak boleh digunakan untuk kenderaan berat kerana ia tidak boleh menyerap hentakan dengan begitu baik.

Menurut Goodyear, hanya baru-baru ini teknologi sudah wujud untuk tayar mati digunakan kepada kenderaan bersaiz sebenar.

Lihat video tayar Aero itu beraksi di sini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…