VIDEO: Goodnight, Tokyo papar realiti kehidupan di Jepun pada tahun 1992

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang mahu kembali ke masa lalu, sebuah filem pendek yang diberi nama Goodnight, Tokyo telah diterbitkan mengimbau kembali bagaimana pesat membangunnya negara matahari terbit itu pada tahun 1992.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Filem tersebut memaparkan aksi kehidupan seharian warga Tokyo di dalam mencari sesuap nasi - perjalanan ke tempat kerja, pelajar sekolah, kesesakan trafik di jalan utama serta atmosfera suasana seharian yang sibuk. 

 


Bagi peminat automotif Jepun terutama zaman kegemilangan 90-an, terdapat beberapa babak yang menunjukkan zaman Jepun ketika itu masih lagi dipengaruhi rekaan kekotakan pada hampir kesemua kenderaan Jepun di atas jalan. 

 


Ambil masa anda, capai bertih jagung dan nikmati pemandangan klasik dari Jepun di dalam rakaman berdefinisi tinggi, suatu pencapaian yang agak asing pada tahun 1992. 

Namun disebabkan ia sebuah negara Jepun, pencapaian tersebut dilihat tidak mustahil. 

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi…
Berita Global
Jurutera syarikat Mitsubishi Logisnext berkata, beliau menerima banyak pertanyaan mengenai forklift…
Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…