Video gerabak penuh - Menteri Pengangkutan tegur KTMB 

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan teguran rasmi kepada pegawai dan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) semalam berkaitan isu video gerabak penuh yang tular di media sosial.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata KTMB telahh memberi jaminan bahawa ia akan mengetatkan lagi kawalan kumpulan ramai, termasuk menghadkan jumlah penumpang di pintu masuk ke platform.

Wee berkata semua penumpang keretapi enam gerabak itu pada asalnya menurut SOP had penumpang 50 peratus seperti yang diwartakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Namun begitu kesemua penumpang tersebut terpaksa bersesak di dalam keretapi tiga gerabak yang digunakan untuk menggantikan keretapi asal yang rosak," ujarnya di dalam satu kenyataan kementerian itu.

Menteri itu berkata pihak kementerian dan KTMB memohon ampun di atas kesilapan itu dan mengingatkan penumpang agar mematuhi langkah-langkah penjagaan kesihatan orang ramai yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, termasuk penjarakan sosial dan penggunaan pelitup muka semasa menggunakan perkhidmatan keretapi.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…