VIDEO: Geely Preface lawan Merc-AMG C 63, BMW M4, Porsche Panamera. Biar betul?

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan iklan komersial Honda City yang terang-terang menunjukkan kelebihannya yang tersendiri berbanding beberapa buah sedan di dalam segmen serupa, serta sedan berlainan segmen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di peringkat global, Geely juga mahu menunjukkan taringnya yang tersendiri, dan beberapa hari yang lalu, sebuah iklan diterbitkan menerusi platform media sosial memperlihatkan jalan cerita yang tersendiri.

 


Sebuah Geely Preface (seperti yang diperlihatkan baru-baru ini) yang penuh dengan pelekat/decals CMA dipandu oleh seorang lelaki dengan kot pejabat, sarung tangan dan helmet perlumbaan di sebuah jalan raya berliku di China.

 


Di dalam iklan tersebut, sekumpulan tiga buah kereta berlainan model - Mercedes-AMG C 63, BMW M4 Coupe dan Porsche Panamera menaiki jalan berbukit sebelum dikejar satu persatu oleh Geely Preface dari arah belakang.

Geely Preface bukan sahaja mampu mengejar, malah menunjukkan keupayaan memotong ketiga-tiga kereta tersebut dengan mudah - sifat tipikal sebuah iklan kereta.

 

 


Dari segi spesifikasi, Geely Preface merupakan sebuah sedan segmen upper C/lower D yang memiliki enjin turbo 2.0 liter yang mampu menghamburkan 190 PS dan 300 Nm, dijangka pelancaran rasminya pada suku keempat tahun ini.

Ia dibangunkan atas platform CMA - oleh Geely dan Volvo - dan platform ini turut sama digunakan pada model-model Volvo seperti Volvo XC40, Polestar 2, kereta Lynk & Co, serta Geely Xingyue (Geely FY11).

Terdapat juga ura-ura yang menyebut Geely Preface bakal ditukarkan lencananya menjadi sebuah Proton Perdana atau Proton Preve pada masa akan datang.

Berita Berkenaan

Berita Global
Disifatkan sebagai sedan paling mewah Geely pernah hasilkan pada ketika ini, ruang dalaman Geely…
Berita Global
Kini, Geely Preface sudah pun menghampiri fasa produksi, dan berdasarkan beberapa keping gambar…