Video: Fungsi pada setiap butang stereng Porsche 963, didatangkan dengan buku panduan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Porsche 963 merupakan jentera lumba prototaip yang dihasilkan oleh Multimatic dan direka oleh Porsche untuk bertanding di perlumbaan FIA World Endurance Championship dan IMSA SportCar Championship dalam kategori Hypercar dan GTP (Grand Touring Prototype).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

963 dikuasakan oleh enjin V8 4.6 liter turbo berkembar menghasilkan sehingga 680 HP pada 10,000 rpm, ianya memiliki komponen elektrikal hibrid yang membolehkan sistem bateri dijana semula apabila brek pada roda belakang berfungsi.

Kuasa yang dijana itu kemudian akan memberikan kuasa tambahan pada pecutan melalui transmisi 7 kelajuan, semua sistem tersebut boleh berfungsi dan dilaras melalui roda stereng pada kereta tersebut.

 

rear

 

Semua butang dan fungsi pada stereng dijelaskan dalam buku 30 muka surat khusus untuk dibaca oleh pemandu sebelum berlumba menggunakan 963.

Ketua Porsche Penske Motorsport’s, Jonathan Diuguid berkata, “Manual pemandu yang kami hantar adalah lebih daripada 30 muka surat."

"Anda boleh tahu apabila mereka belum membacanya, kerana jika kami membuat panggilan dan ia tidak berlaku pada telemetri kami di pit, kami perlu berhenti dan menerangkan proses itu sekali lagi."

 

side

 

Pelumba Porsche 963, Dane Cameron menjelaskan berkenaan stereng tersebut, "Seperti yang anda lihat ia sangat kompleks dengan beberapa dail dan butang yang mengawal beberapa fungsi berbeza."

“Kami mempunyai kebolehlarasan kawalan cengkaman yang meliputi keadaan basah, kering dan cengkaman rendah serta butang di bahagian atas roda mengawal perisian tersebut."

“Kami mempunyai fungsi brek, lampu penukaran gear dan lampu amaran di bahagian atas, pada bahagian skrin kami mempunyai mesej, masa pusingan dan kedudukan gear serta banyak fungsi penting dengan paparan warna yang sangat bagus."

 

 

 

"Melalui paparan pada skrin, kami mengusahakan semua alatan yang kami ada supaya kami tidak tersesat dengan apa yang kami lakukan.”

Sememangnya bukan mudah untuk memandu sesebuah jentera dengan pelbagai komponen dan fungsi elektrikal yang memerlukan fokus dan disiplin, Porsche 963 dijangka akan membuat debut perlumbaanya pada awal tahun 2023.

 

Sumber: motorsport.com