VIDEO: Ford Mustang Cobra Jet 1400 ini sebenarnya mampu menghasikan 1,502 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Ford Mustang Cobra Jet 1400 telah pun diperlihatkan secara rasmi pada bulan April yang lalu, mengejutkan para peminatnya dengan konfigurasi empat motor elektrik yang mampu menghamburkan 1,400 hp.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, angka 1,400 itu bukanlah angka sebenar, ini kerana para juruteranya menyedari bahawa trenkuasa elektrik tersebut sebenarnya mampu mengekstrak kira-kira 1,502 kuasa kuda yang memacu roda belakang sahaja.

 


Ini membolehkan pecutan suku batu dicapai dalam masa 8.27 saat pada kelajuan 270 km/j, sekaligus mengalahkan rekod Cobra Jet terdahulu yang dikuasakan oleh enjin 5.2 liter V8.

Jentera drag berkuasa elektrik ini dihasilkan menerusi kolaborasi dengan Cascadia Motion, menampilkan empat motor elektrik yang mampu berputar setinggi 10,000 rpm.

Anda boleh saksikan sendiri bagaimana Mustang Cobra Jet ini memecut dalam keadaan yang di luar kebiasaan - tanpa bunyi deruman enjin, hanya bunyi aneh kedengaran...

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini. Disebabkan itu, Ford…
Berita Global
Terbaharu, sebuah lagi varian Mustang dilancarkan untuk mereka yang serius mengasah bakat di litar…
Berita Global
Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna…