VIDEO: Enjin diesel VW kini lebih bersih!

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun pernah terpalit dengan kes skandal dieselgate beberapa tahun yang lalu, namun Volkswagen ternyata tidak pernah mengalah dengan teknologi enjin diesel yang mereka bawakan.

Meskipun ramai pemerhati industri meramalkan bahawa Volkswagen akan mengalah, namun hakikatnya mereka kini tampil dengan pembaharuan terhadap teknologi enjin diesel yang lebih bersih untuk masa hadapan. 

Teknologi yang ditampilkan pada enjin diesel EA 288 EVO adalah Twin-Dosing, dan Volkswagen telah menerbitkan sebuah video animasi bagi menerangkan serba sedikit fungsi Twin-Dosing yang dimaksudkan itu. 
 

 


Enjin serba baharu EA 288 EVO tersebut menggunakan satu sistem termaju yang menampilkan dua penukar bermangkin (catalytic converter) yang menyuntik bahan Ammonia ke dalam sistem pembakaran. 

Bahan ammonia diperlukan bagi mengurangkan kadar emisi Nitrogen Oxide dan menurut VW, sistem Twin-Dosing ini berjaya mengurangkan kadar emisi NOx sehingga 80 peratus!

Sistem modul bermeter akan menyuntuk bahan AdBlue yang diperlukan ke dalam saluran gas ekzos, di mana solusi ini akan menyejat dan membentuk ammonia (NH3) apabila bergabung dengan stim. 
 


Di dalam penukar pemangkin itu tadi, ammonia akan menghasilkan reaksi kimia dengan nitrogen oksida sebelum membentuk air dan gas nitrogen (N2) yang tidak berbahaya. 

Menurut Volkswagen, sistem baharu ini sudah pun diguna pakai pada sedan Passat 2.0 TDI Evo (150 PS) yang mana ia mampu memenuhi piawaian pelepasan emisi Euro 6d.

Manakala Volkswagen Golf generasi baharu juga dijangka bakal dilengkapkan dengan sistem SCR twin-dosing ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun lepas, Parlimen di Eropah telah meluluskan undang-undang baharu berkaitan pelepasan emisi CO2…
Berita Domestik
Namun, Bermaz Auto Alliance baru-baru ini cuba memecahkan tradisi tersebut dengan memperlihatkan…
Berita Global
Bukan sekadar mengisi masa lapang, malahan ianya menjadi koleksi yang melambangkan kepuasan dan…