Bukan sekadar mengisi masa lapang, malahan ianya menjadi koleksi yang melambangkan kepuasan dan kreativiti seseorang.

Jika anda merupakan peminat hobi tersebut, anda pasti pernah melihat video-video binaan Lego dari saluran Youtube 'Beyond the Brick's' di mana kebanyakan videonya menunjukkan model Lego yang turut berfungsi seperti komponen sebenar.
Baru-baru ini, saluran Youtube tersebut telah mengeluarkan video menunjukkan model Lego Technic enjin diesel 6 silinder sebaris lengkap dengan omboh, aci engkol serta turbo dan sistem penyejukan yang berfungsi.

Selain itu, video itu turut memaparkan satu lagi binaan iaitu sebuah mesin penjana kecemasan yang dikuasakan model enjin diesel V16, perincian model tersebut sangat teliti kerana panel kawalannya turut mampu mengawal kelajuan enjin tersebut.
Semua hasil binaan tersebut dihasilkan oleh Stefan Weinert yang merupakan pembina Lego sejati menghasilkan pelbagai jenis model, melihat pada hasil binaannya, hobi tersebut sememangnya memerlukan dompet dengan duit setebal kamus untuk direalisasikan.
Sumber: rebrickable