VIDEO: Disebalik tabir kilang Mercedes-AMG PETRONAS F1

oleh Mohamad Hanif|
Disebalik tujuh kali gelaran Kategori Pengeluar dan tujuh kali gelaran Kategori Pelumba, semua ini tidak akan lengkap tanpa sokongan padu daripada semua pihak yang bekerja keras di belakang tabir pasukan Mercedes-AMG PETRONAS F1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi, siapakah yang bertanggungjawab di dalam penghasilan dan pengujian jentera F1 yang dipandu oleh Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas?

Saluran rasmi YouTube Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team baru-baru ini telah memuatnaik sebuah video dokumentari ringkas yang memaparkan kisah di sebalik tabir kilang Formula One milik pasukan itu yang terletak di Brackley, UK.

 


Terdapat beberapa jabatan yang memiliki kepakaran tersendiri, seperti contoh bahagian komposit bertanggungjawab menghasilkan komponen-komponen jentera F1 yang diperbuat daripada lebih 50 jenis gentian karbon, sementara bahagian NDT (non-destructive testing) pula akan menguji setiap komponen gentian karbon yang dihasilkan menggunakan peralatan seperti CT Scan, Ultrasound dan sinar X.

Selain daripada itu, kilang itu juga mengendalikan penghasilan kira-kira 30,000 komponen penting dalam masa setahun dengan penggunaan bahan gred aeroangkasa seperti titanium dan aluminium.

Kilang Breckley ini juga turut menjalankan proses pembuatan secara manual seperti kimpalan dan penggerudian di mana kadar ketepatan adalah dikira dalam unit mikron! (1 mikron = 0.01 mm)

 


Setiap komponen yang sudah siap dipasang akan dihantar ke kedai cat, di mana bahagian ini bertanggungjawab terhadap penampilan cat, grafik, serta liveri keseluruhan jentera F1.

Setiap bahagian memperuntukkan tempoh masa yang berbeza untuk disiapkan, seperti contoh bahagian sayap hadapan memerlukan masa 30 jam untuk dicat, sementara casis pula memakan masa 22-24 jam.

Kilang Formula One Mercedes-AMG ini turut mempunyai unit sokongan data yang tersendiri, digelar sebagai Race Support Room.

Di sini, kira-kira 30 orang jurutera (termasuk jurutera tayar, pakar aerodinamik dan sokongan data) akan menganalisa setiap data daripada 30,000 saluran serta 400 unit penderia yang terpasang pada jentera lumba ketika hari perlumbaan sebenar.

 


Namun pada hari-hari biasa, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas akan duduk di dalam simulator yang menampilkan tetapan grafik terkini, serta konfigurasi kedudukan pemanduan yang menyerupai jentera F1 yang sebenar termasuklah kokpit, halo, stereng dan posisi pedal.

Unit simulator ini turut mempunyai keupayaan untuk menetapkan beberapa pemboleh ubah seperti faktor cuaca, tetapan suspensi, aerodinamik, trenkuasa, tetapan suspensi dan litar perlumbaan baik daripada yang sedia ada mahupun litar-litar baharu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dia berdepan dengan 27 pertuduhan, di mana 24 daripadanya melibatkan suapan sebagai penjawat awam,…
Sukan Bermotor
Pada Khamis lalu bertempat di Hungaroring, Hawkins telah melakukan 26 pusingan dalam jentera F1…
Sukan Bermotor
Menurut laporan Daily Mail, Hamilton yang kini berusia 38 tahun itu mahu berlumba sehingga umur 43…