VIDEO: Di sebalik tabir pembikinan RUF CTR Anniversary, pewaris sah "Yellowbird"

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, syarikat RUF Automobile sebenarnya tidak memulakan operasi mereka sebagai pengeluar kereta Porsche yang telah ditala, akan tetapi berkhidmat sebagai sebuah bengkel servis dan pembaikan kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Produk pertama RUF juga sebenarnya bukan sebuah kereta, sebaliknya sebuah bas persiaran!

Selepas kematian pengasasnya pada tahun 1974, perniagaan RUF diambil alih oleh anaknya Alois Jr. dan kira-kira setahun selepas itu, baharulah model Porsche talaan RUF muncul.

 

sumber gambar: Motor Authority


Namun, nama RUF berjaya menggemparkan dunia pada tahun 1987 apabila mereka memperlihatkan kereta produksi paling pantas di dunia, RUF CTR yang lebih dikenali dengan gelaran Yellowbird.

Pada tahun itu, CTR berjaya mencatatkan kelajuan tertinggi 339 km/j, dan setahun kemudian (1988) jentera itu berjaya mencatatkan kelajuan maksimum sepantas 342 km/j!

30 tahun selepas itu, RUF Automobile melancarkan sebuah model peringatan RUF CTR Anniversary pada Mac 2017 bertempat di Geneva Motor Show.
 

CTR Anniversary


Biarpun mempunyai persamaan rekaan dengan Porsche 911, ia sebenarnya tidak dibina menggunakan asas daripada model Porsche tersebut.

Sebaliknya, ia menggunakan casis monocoque daripada gentian karbon, sub-rangka keluli tiub, sementara rekaan panel luar yang diinspirasikan daripada Porsche 964 itu pula diperbuat daripada lamina gentian karbon.

 

CTR


CTR Anniversary itu dikuasakan oleh nadi flat-6 3.6 liter turbo berkembar sejukan cecair yang mampu menjana 700 hp @ 6,750 rpm dan daya kilas 880 Nm @ 2,750-4,000 rpm, dipadankan dengan transmisi manual tujuh kelajuan dan locking differential.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 3.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 360 km/j.
 

CTR


Sejak dari tahun 2019 hingga sekarang, RUF masih lagi meneruskan operasi produksi CTR Anniversary memandangkan keseluruhan proses pemasangan (termasuk casis) dilakukan menggunakan 100 peratus tenaga manusia.

Disebabkan ketelitian proses pemasangan, secara purata RUF Automobile membina kira-kira 30 unit sahaja kereta sepanjang tahun!

Video dokumentari di sebalik tabir RUF Automobile itu anda boleh tonton menerusi saluran YouTube Welt di bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Banyak juga rumah penala yang hadir dengan program restomod yang tersendiri, namun jika anda…
Berita Global
Ingatkah anda kepada jentera rali klasik Porsche 911 Safari dengan tayar off-road dan ketinggian…
Berita Global
Akan tetapi ia merupakan hasil kerja penuh daripada syarikat pengeluar yang juga berasal dari…