VIDEO: Carmen Elektrik dari Sepanyol - 1,019 hp; 0-100 bawah 3 saat; RM7 juta

oleh HEZERI SAMSURI|
Cuma penggila kereta sahaja akan tahu nama Hispano Suiza, jenama kereta dari Sepanyol yang telah lama menyepi.

Ia bermula sebagai pembuat kereta mewah dan enjin kapal terbang antara tahun 1904 dan 1946. 

Kini ia bangkit kembali dengan pelancaran hypercar elektrik mereka, Carmen di Pameran Motor Geneva yang sedang berlangsung sekarang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sebenarnya rekabentuk dan juga nama hypercar ini mendapat inspirasi dari Carmen Mateu, ibu kepada Presiden Hispano Suiza sekarang, Miguel Suqué Mateu.

 

 

Bakal dijual dengan harga €1.5 juta di Eropah (termasuk cukai), cuma 19 unit sahaja yang akan dibina dari tahun ini sehingga 2021.

Carmen menggunakan gaya bentuk Dubonnet Xenia, salah satu model Hispano Suiza yang lama. 

Di bina di Barcelona dan dibantu oleh rakan kongsi QEV Technologies, Carmen ini menggunakan dua motor elektrik PMSM dengan rtenaga 375 kW setiap satu.

Kedua-duanya dikawal melalui program komputer yang sofistikated, dihasilkan oleh QEV Technologies.

 

 

Tenaga gabungan 1,019 hp itu akan menggerakkan Carmen yang hanya seberat 1,690 kg dari pegun ke 100 kmsj dalam masa bawah 3.0 saat.

Halaju maksimum ialah 250 kmsj, dihadkan kepada nilai tersebut. Ia mempunyai tiga mod pemanduan - Sport, Comfort dan Long-range.

Bateri Lithium Ion 700 sel itu diletakan di tengah-tengah kenderaan dalam bentuk T. Ia dijangka mampu memberikan perjalanan lebih dari 400 km sebelum perlu dicaj kembali.

 

 

Kerangka "carbon fibre" yang menjadi tulang belakang Carmen ini hanyalah seberat 195 kg dan mampu menahan liukan pada kadar 50,000 Nm/deg - sangat kuat.

Ini bermakna ia mampu juga untuk melindungi penumpangnya.

Selepas Pameran Motor Geneva, Carmen akan terus diuji di kawasan litar ujian IDIADA di Tarragona, Sepanyol (Proton juga menghantar produk-produk mereka di sini untuk ujian).

Kita tunggu sahaja kebangiktan syarikat ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  EV hyper mewah itu dipandu oleh Sergio Martinez Campos, CEO syarikat tersebut dan juga oleh…