Video: Can-Am dedah dua model motosikal elektrik, Can-Am Origin dan Can-Am Pulse

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Masihkah anda ingat dengan jentera Borbardier Recreational Products (BRP) beroda tiga iaitu Can-Am Spyder dan Ryker yang pernah menjadi popular suatu ketika dahulu?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahukah juga anda? Can-Am Spyder memiliki sejarah menarik di Malaysia, di mana ianya pernah dipasang oleh DRB-HICOM di Gurun, Kedah.

 

2

 

Pada tahun 2022, Can-Am telah membuat kejutan dengan kemunculan semula dalam pasaran dengan kehadiran dua model motosikal elektrik dual-sport dan streetbike.

Sehingga kini, Can-Am masih belum mendedahkan sebarang maklumat dan spesifikasi rasmi mengenai dua model baharu itu, namun amat menarik untuk melihatnya kembali bersaing lebih-lebih lagi dengan kemunculan semula sebagai model elektrik.

 

3

 

Baru-baru ini, Can-Am telah mendedahkan video aksi dua model motosikal elektriknya, iaitu Can-Am Origin dan Can-Am Pulse yang bakal dilancarkan pada pertengahan tahun 2024 itu.

Jika dilihat dari video tersebut, Can-Am Origin kelihatan seperti dilengkapi dengan tayar off-road bersaiz 21 inci di depon dan 18 inci di belakang.

 

4

 

Seperti kebanyakan model motosikal masa kini juga, Origin turut dilengkapi dengan fork jenis USD di depan dan monoshock di belakang.

Antara satu lagi ciri menarik yang kelihatan  ialah penggunaan swingarm satu sisi, yang pastinya memberi kendalian dan rupa lebih agresif.

5

Untuk model streetbike, iaitu Can-Am Pulse pula lebih memfokuskan tunggangan yang lebih seimbang dan tangkas direka untuk kegunaan dalam bandar.

Jika diperhatikan, Pulse merupakan versi Origin yang lebih ke arah tunggangan di jalan biasa berbanding off-road dengan asas yang kelihatan sama.

 

6

 

Dari segi kelengkapan, Pulse dilengkapi dengan roda aloi, suspensi yang lebih pendek dan dimensi lebih padat jika dibandingkan dengan Origin.

Walaupun angka kuasa dan jarak gerak masih belum didedahkan, namun Can-Am sebelum ini telah memberitahu bahawa kedua-dua model itu akan dikuasakan oleh motor elektrik Rotax E-Power.

 

7

 

Antara ciri lain yang didedahkan ialah penggunaan lampu LED penuh, paparan meter TFT dan teknologi pengecasan pantas tahap 2.

Can-Am dijangka untuk melancarkan kedua-dua model itu pada musim panas 2024 melalui pelancaran global, dengan penghantaran dijangka bermula sebelum penghujung 2024.