Video bukti sport rim patah, rim kompang kenyal! (VIDEO)

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah channel YouTube popular dunia, Hydraulic Press Channel (HPC) dari Finland menguji dua jenis roda kenderaan untuk melihat yang mana lebih kuat.

Video-video HPC memang berkisar mengenai pemiliknya, Lauri Vuohensilta dan isterinya, Anni menggunakan sebuah mesin penekan hidraulik untuk meremukkan pelbagai objek.

Kali ini Lauri mengambil sebuah roda aloi terpakai lengkap dengan tayar dan dengan menggunakan penekan hidraulik, beliau menunjukkan roda aloi itu pecah dan patah pada tekanan seberat 23 tan bila tekanan dikenakan dari sebelah atas.

 

 

Apabila roda aloi itu ditekan dari sebelah tepi, ia terus pecah pada tekanan yang sangat rendah. Paling mengerikan, tayar meletup kuat.

Untuk roda besi standard pula (rim kompang), tekanan setinggi 10 tan dari sebelah atas sahaja sudah cukup untuk merenyukkan roda tersebut.

Kejutan berlaku apabila tekanan mula dikenakan pada sebelah tepi ketika tayar dibaringkan. 

Mesin penekan itu memerlukan 23 tan untuk melenyekkan roda besi itu, tetapi tayar bukan sahaja tidak meletup, tetapi masih melekat pada roda itu.

Video ini membuktikan bahawa roda besi kenyal dan boleh penyet tetapi roda aloi akan patah dan pecah.

 

 

Dari segi keselamatan, roda besi nampaknya lebih selamat kerana rim itu cuma akan bengkok bila melanggar lubang.

Roda aloi pula akan pecah dan boleh mengakibatkan kenderaan hilang kawalan.

Namun begitu, harus diingatkan kita tidak pasti gred roda aloi yang digunakan. Jentera-jentera perlumbaan banyak menggunakan roda aloi campuran besi-besi eksotik dan ia memang terbukti kukuh.

Jadi, persoalannya ialah, besi apakah yang digunakan oleh roda aloi anda? 

Yang pasti, kedai tayar pun tidak mampu menjawabnya.