VIDEO: BMW Motorrad pasang sebuah S 1000 RR dalam masa dua jam

oleh Mohamad Hanif|
BMW S 1000 RR, sebuah jentera sport bike yang dihasilkan oleh BMW Motorrad untuk bertanding di dalam Superbike World Championship 2009 sebelum ia dijual kepada umum bermula 2010.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Spesifikasinya juga cukup menarik, dengan sesaran 999 cc enjin empat silinder sebaris ini mampu menjana kuasa 199 hp pada 13,500 rpm yang disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi enam nisbah kelajuan. 

Atas jalan, ia mampu memecut sepantas 2.6 saat dari 0-100 km/j, manakala 0-200 km/j pula cuma mengambil masa sekitar 6.87 saat dengan kelajuan maksimum 320 km/j. 
 


BMW S 1000 RR dipasang di kilang BMW Motorrad yang terletak di Spandau, Berlin dan ia hanya mengambil masa kira-kira 2 jam untuk siap sepenuhnya. 

Bukan setakat BMW S 1000 RR, kilang ini juga turut memasang motosikal BMW yang lain dan mampu menghasilkan kira-kira 220 buah motosikal dalam masa sehari. 

Seperti kilang pemasangan moden yang lain, bantuan robot diperlukan disesetengah seksyen dan dilengkapkan dengan bantuan tenaga manusia bagi memeriksa dan menilai ruangan yang sememangnya memerlukan sentuhan tangan.

Jadi, luangkan masa hujung minggu anda, dan nikmati video dokumentari pemasangan BMW S 1000 RR di bawah. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kelab yang suatu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kelab BMW Motorrad terbaik dunia dalam…
Berita Global
Sasaran tahun ini meningkat kepada 5 peratus dan kilang TVS Motor di Hosur akan menjadi pusat…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, R 1300 GS 2024 kini membawakan nadi boxer yang paling berkuasa - 145…