VIDEO: Bagaimana Porsche Taycan dipasang?

oleh Mohamad Hanif|
Jarang untuk kita melihat dengan lebih teliti bagaimana sesebuah pengeluar memasang komponen-komponen kenderaan sebelum ia keluar daripada barisan produksi sebagai sebuah kereta yang sempurna, melainkan dengan melawat sendiri kilang tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin di antara kita ramai yang sudah pun menonton dokumentari pemasangan supercar atau kereta produksi massa di kaca televisyen, namun tidak banyak yang didedahkan menerusi rancangan tersebut. 

Jadi, untuk kali ini Porsche telah menerbitkan sebuah video RAW berdurasi 29 minit yang menunjukkan perkembangan yang berlaku di fasa produksi kereta elektrik pertama mereka, Taycan. 

Porsche Taycan dipasang di kilang terbaharu yang terletak di Zuffenhausen, Jerman. 

 


Kilang baharu ini mengambil masa kira-kira empat tahun untuk disiapkan dan menurut Porsche, ia adalah kilang masa hadapan di mana ia tidak memberikan impak negatif kepada alam sekitar.

Porsche menggunakan sumber yang boleh diguna semula untuk menjana tenaga elektrik dan biogas bagi menjana tenaga haba, dan hampir keseluruhan kenderaan lojistik menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya. 

Kombinasi harmoni antara robot dan manusia ditunjukkan di dalam video ini demi memastikan produk yang terhasil benar-benar berkualiti dan teliti, sesuai dengan jenama Porsche itu sendiri.

Dan daripada fasiliti yang mesra alam ini, lahirlah Porsche Taycan yang boleh didapati dalam dua varian utama, iaitu Taycan Turbo (671 hp/850 Nm) dan Taycan Turbo S (751 hp/1,049 Nm). 
 


Luangkan masa 29 minit anda untuk menikmati proses pemasangan Porsche Taycan menerusi video di bawah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…
Berita Global
Porsche Taycan baharu versi yang dikemas kini dikatakan mempunyai lebih kuasa, lebih jarak…
Berita Global
Model pra-produksi Taycan yang bakal dilancarkan kelak itu kini merupakan model elektrik Porsche…