Video berdurasi selama empat minit tersebut memaparkan bagaimana kakitangan Italdesign mereka kembali elemen luaran kereta sports ikonik tersebut menggunakan pelbagai peralatan kustom.
Apa yang menariknya, model tersebut dibina hampir keseluruhannya menggunakan tenaga tangan dan apabila tenaga manusia dibatasi, teknologi percetakan 3D digunakan bagi menghasilkan rekaan lampu belakang LED ikonik GT-R50 yang kompleks tersebut.
Saksikan video lengkap berbahasa Itali ini khas buat para peminat Nissan GT-R50!