Video: Bagaimana Bugatti menguji angkup brek yang dicetak secara 3D

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun yang lalu, Bugatti telah dilaporkan sedang membangunkan produksi caliper brek yang dihasilkan secara percetakan tiga dimensi (3D) dalam usaha untuk memberikan kuasa penghentian yang paling berkesan kepada supercar mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bagi membuktikan betapa kuatnya komponen yang dicetak itu, Kumpulan Volkswagen telah menerbitkan sebuah video bagaimana para jurutera Bugatti menguji angkup brek titanium seberat 2.9 kg itu membrek pada kelajuan yang tinggi. 

Daripada video tersebut, kelihatan ujian pemberhentian yang dijalankan itu mampu menyebabkan pelepasan tenaga haba yang sangat besar, dan disebalik penghasilan cahaya oren terang itu ia turut menghasilkan percikan api. 

Siri ujian yang dijalankan membuktikan angkup brek itu mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna tanpa memberikan sebarang kesan negatif kepada kuasa pemberhentian dari kelajuan tiga digit kepada sifar. 
 


Angkup brek yang dicetak 3D ini mempunyai berat yang lebih ringan berbanding unit yang terdapat di Chiron dan terdiri daripada 2,213 lapisan serbuk titanium yang dicairkan menggunakan laser dan mengambil masa selama 45 jam untuk disiapkan. 

Saksikan video di bawah bagaimana para jurutera menguji keberkesanan sistem angkup brek titanium tersebut. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
GP4-MS Angkup brek blok tunggal ini dikatakan lahir dari litar lumba dan direka untuk kegunaan…
Berita Global
Dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) menyenaraikan…
Berita Global
Brembo nampak peluang ini boleh diperluaskan untuk sistem brek terbaharu mereka yang digelar…