VIDEO: Bagaimana Airbus A380 dileraikan?

oleh Mohamad Hanif|
Pesawat adijumbo Airbus A380 mungkin merupakan satu produk yang sangat baik, namun tiba pada masa yang salah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan keadaan semasa yang tidak begitu mengizinkan, tidak menghairankan apabila pesawat tersebut sudah pun dihentikan produksinya.

Malah, seperti yang dilaporkan sebelum ini, pesawat penumpang dua tingkat tersebut sudah pun mula dileraikan komponennya untuk dijadikan sebagai alat ganti.

Jadi, bagaimana tugas meleraikan pesawat sebesar ini dilakukan?

 


TARMAC Aerosave merupakan syarikat pertama di dunia yang ditugaskan untuk meleraikan pesawat ini, dan mereka berjaya melakukannya hanya dalam masa 11 bulan.

Ia bukanlah satu perkara yang mudah kerana setiap komponen yang terdapat pada Airbus A380 adalah sangat berharga dan perlu dikendalikan dengan berhati-hati supaya tidak mencemarkan alam sekitar.

Berikut merupakan langkah yang diambil untuk meleraikan Airbus A380 ini.

Prosedur yang sama perlu diikuti di mana setiap pesawat yang akan dileraikan akan dibasuh dengan teliti di bahagian luaran bagi membuang segala bahan yang mampu menyebabkan proses pengaratan komponen.

Setelah itu, segala bendalir akan disedut keluar daripada sistem hidraulik dengan teliti ini kerana pengurusan yang tidak sempurna akan memberikan kesan kepada alam sekitar.

Selain daripada minyak enjin, tangki bahan api dan air juga akan dikeringkan.

 


Setelah proses tersebut selesai, baharulah proses seterusnya diteruskan iaitu mengasingkan empat unit enjin Trent 900.

Sebagai makluman, keempat-empat unit enjin tersebut boleh dipajak dengan nilai sehingga $480,000 sebulan atau dijual sekaligus dengan harga sehingga billion dollar!

Seterusnya, TARMAC mula meleraikan segala komponen dalaman pesawat, termasuklah tempat duduk, karpet, dinding, dan juga tandas, serta komponen penting pesawat seperti kelengkapan avionik, tingkap, dan juga flap.

Kesemua senarai di atas akan diperiksa dengan teliti untuk memastikan ia berfungsi dengan baik sebelum dijual di pasaran terpakai.

 


Malah, syarikat seperti Aviontag turut menjual cenderahati berupa tag aviasi yang diperbuat daripada bahan aluminium fiuslaj sebenar A380!

 

Sumber: Simple Flying

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, jenama itu sedia untuk memasuki pasaran China menerusi model minivan yang dinamakan sebagai…
Berita Domestik
  Untuk makluman, Malaysia Airlines menerima pesawat pertama A380 pada Oktober 2012.   Sebelum…
Berita Domestik
  "Kami sedang berunding dengan pembeli berpotensi. Terdapat pertanyaan dan ia kekal sulit,"…