VIDEO: Aksi SUV pandu mengundur di lebuhraya tular

oleh Mohamad Hanif|
Rakaman kamera litar tertutup yang diterbitkan oleh ABC News memaparkan sebuah SUV putih memandu secara mengundur di sebuah lebuhraya yang tidak disebutkan tempatnya di Ohio.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

SUV tersebut - disyaki sebuah Isuzu - memandu secara mengundur namun pada kelajuan yang biasa seperti kelajuan trafik normal. 

 


Terdapat babak rakaman di mana pemandu tersebut terlepas susur keluar lebuhraya, di mana beliau bertindak dengan kurang bijak memasuki susur masuk ke lebuhraya, juga dengan cara mengundur, sebelum pulang ke tempat asal. 

Tidak dapat dipastikan sama ada pemandu tersebut menghadapi masalah transmisi atau beliau sekadar mahu menunjukkan bakat yang ada di dalam pemanduan mengundur supaya dapat diterima menjadi tenaga pengajar di sekolah memandu Brian O' Connors.

 


Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. 

Tahun lepas telah tersebar satu video pemanduan mengundur di kawasan Pudu Raya melibatkan sebuah Proton Saga lama yang dipandu secara mengundur menyelusuri trafik di sana. 

Sebagaimana cerita SUV di atas, kami tidak dapat memastikan apa masalah sebenar yang dihadapi oleh pemandu Proton Saga itu. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Notis panggilan temu siasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 telah…
Berita Global
  Lelaki itu mula memiliki keterujaan memandu secara mengundur sejak berusia 10 tahun, dan kerap…
Berita Domestik
  "Pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan,…