VIDEO: Aksi kejar mengejar paling perlahan, antara polis dan traktor!

oleh Mohamad Hanif|
Bukan sepanjang masa pihak polis perlu berdepan dengan aksi kejar-mengejar berkelajuan tinggi.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Boone, North Carolina, sepasukan polis Watauga terpaksa mengejar seorang suspek yang memandu sebuah traktor setelah mereka menerima panggilan berhubung tindakan seorang lelaki yang cuba untuk melanggar kenderaan dan pejalan kaki di Highway 421.

Suspek, Ronnie K Hicks berusia 43 tahun itu mula dikesan di kawasan parkir gereja Three Forks Baptist yang kemudian menolak sebuah lori sampah ke arah dinding gereja sebelum dikejar oleh pasukan polis.

 

 


Pihak berkuasa kemudian mengejar traktor itu pada kelajuan 20 batu sejam (32 km/j) di Highway 421, Old Highway 421 dan Elk Creek Road, di mana dalam masa yang sama mereka cuba untuk menyuraikan trafik dari arah bertentangan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Sekurang-kurangnya, empat buah kenderaan rosak teruk akibat dilanggar oleh traktor itu, termasuklah sebuah kereta peronda Ford Expolorer. Kerugian dianggarkan bernilai ribuan dollar.

Cubaan menghentikan suspek dengan menggunakan perangkap berpaku dan menembak tayar traktor itu juga menemukan jalan buntu.

 

traktor


Setelah mendapati pemanduan menjadi semakin perlahan, Hicks kemudian meninggalkan traktor dan berusaha untuk melepaskan diri, namun suspek berjaya ditumpaskan menggunakan senjata perenjat elektrik setelah beliau cuba menyerang salah seorang pegawai polis menggunakan pisau.

Suspek didakwa dengan pelbagai pertuduhan termasuklah cubaan melarikan diri daripada pihak polis, menggunakan senjata berbahaya ke atas pegawai kerajaan, memandu dengan cuai, serta kesalahan mencuri traktor.

Sumber: Watauga Online

Berita Berkenaan

Berita Global
Iklan itu dipertontonkan di Facebook dan ia berkisar sebuah konvoi trak pikap Hilux yang dipandu…
Berita Domestik
  "Catatan pada video itu dilihat palsu dan boleh menimbulkan kegusaran serta salah faham dalam…
Informasi
  "Hasil semakan dijalankan mendapati video tersebut tidak benar dan tiada sebarang tunggakan…