Vespa sambut ulang tahun ke-75 dengan model edisi khas Primavera dan GTS

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-75, Vespa baru-baru ini melancarkan model edisi khas Vespa 75th yang ditawarkan dalam bentuk Vespa Primavera (50cc, 125 cc dan 150 cc) dan Vespa GTS (125cc dan 300cc).

Dari segi penampilan, Vespa 75th menampilkan binaan badan keluli sepenuhnya dengan kemasan kuning metalik Giallo 75th yang menggambarkan warisan dan semangat cintakan fesyen stail Vespa era 1940-an.

 


Panel sisi dan mudguard hadapan pula diserikan dengan angka 75, dan elemen 'tali leher' di hadapan pula dilayangkan dengan warna opaque pyrite yellow.

Jentera Vespa edisi khas 75 tahun itu turut didatangkan dengan pelana balutan kulit nubuck berwarna smoke grey, rim berwarna kelabu dengan kemasan berlian, serta beberapa kemasan krom yang boleh didapati pada sesetengah tempat seperti lencana hadapan, perumah paparan meter, pelindung peredam, serta cermin sisi.

 


Sementara rak belakang pula menempatkan bag berbentuk bulat yang menyerupai pemegang tayar simpanan yang diperbuat daripada kulit nubuck velvety-soft, lengkap dengan pelindung kalis air, strap bahu dan klip untuk mekanisme quick-release.

Selain daripada itu, kesemua model Vespa 75th didatangkan dengan skrin TFT berwarna bersaiz 4.3 inci yang turut menyokong sambungan peranti pintar menerusi aplikasi Vespa MIA.

 


Setiap pembelian Vespa 75th akan turut disertakan dengan pakej Welcome Kit yang merangkumi selendang jacquard-silk Itali dengan elemen permata jahitan tangan, plet keluli vintaj Vespa, Buku Pemilik, serta lapan keping poskad dengan imej lapan dekad sejarah Vespa.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Secara tidak langsung, Vespa Sprint S 150 ini merupakan jawapan kepada mereka yang sedang mencari…
Pelancaran Motosikal
Kedua-dua unit Vespa versi ulang tahun yang ke-75 itu didatangkan dalam warna original kuning…
Berita Domestik
Konsep jualan Big Bike Warehouse ini pertama kali dianjurkan oleh Goh Brothers Group pada tahun…