Vespa Primavera S, Sprint S 150 cc rasmi dilancarkan - bermula dari RM16,900

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar rasmi skuter gaya hidup berjenama Vespa, Didi Resources Sdn Bhd hari ini telah melancarkan secara rasmi dua buah model skuter bersesaran 150 cc, iaitu Vespa Primavera S Special Edition 150 dan Vespa Sprint S 150.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kedua-dua model ini didatangkan dengan nadi 150 cc i-Get silinder tunggal empat lejang yang menghasilkan 12.7 kuasa kuda dan daya kilas 12.8 Nm (@ 6,500 rpm) dengan sistem sejukan udara dan gandingan transmisi automatik.

 


Dari segi penawaran, model Primavera S Special Edition ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Orange Tramonto dan Grey Stille yang diserikan dengan pelekat badan sporty kontras bergantung kepada warna yang dilayangkan.

Penampilan diserikan lagi dengan pelana hitam yang didatangkan dengan jahitan kontras berwarna jingga serta pelindung hon yang berwarna serupa.

 


Kelengkapan standard termasuklah rim bersaiz 12 inci dengan kemasan hitam, lampu utama LED depan dan belakang, lampu nyalaan siang, immobilizer dan ciri keselamatan brek ABS saluran tunggal.

Vespa Primavera S Special Edition ini juga turut didatangkan dengan slot pengecasan USB terbina.

Harga jualan bermula dari RM18,300.

 


Vespa Sprint S 150 tampil muda dan lebih sporty, terima kasih kepada rekaan lampu utama yang lebih bersegi dan penawaran warna baharu yang lebih menonjol, iaitu Yellow Sole, Black Opaco dan White Innocenza.

Perincian khusus turut diberikan seperti contoh penutup hon berwarna merah, pelekat sporti pada badan, serta spring hadapan yang diberikan warna merah.

 


Tempat duduk pula dibaluti dengan bahan yang lebih premium dan menaikkan lagi seri skuter ini di jalanan selain daripada kelengkapan standard seperti rim bersaiz 12 inci, serta kehadiran lampu utama jenis LED depan dan belakang.

Skuter Vespa Sprint S 150 ditawarkan pada harga bermula dari RM16,900.

 


Promosi bulan Jun yang berlangsung sehingga akhir bulan ini menawarkan aksesori percuma bernilai RM700 menerusi program eksklusif di Lazada yang merangkumi t-shirt, alas lantai, rak hadapan serta rak belakang.

Promosi ini hanya sah sehingga 30 Jun 2020 ini menerusi kedai rasmi Vespa Malaysia di aplikasi Lazada atau menerusi pautan di bawah:
www.lazada.com.my/shop/vespa-malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran
Tiger 900 GT Aragon Edition diperkenalkan bersama satu lagi model istimewa, iaitu Tiger 900 Rally…
Model Terbaharu
Tiger Sport 660 direka untuk membawa kelebihan triple-powered Triumph dalam kategori motosikal…