Vespa Primavera (RED) dilancarkan - bermula dari RM19,500

oleh Mohamad Hanif|
Didi Resources Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan sebuah lagi model baharu digelar sebagai Vespa Primavera (RED).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang tidak tahu, RED merupakan organisasi yang diasaskan oleh Bono dan Bobby Shriver yang telah menyumbangkan lebih daripada $500 juta untuk memerangi penyakit AIDS.

 


Vespa Primavera (RED) ini dikuasakan oleh enjin empat lejang silinder tunggal i-Get 150 cc yang menghasilkan 12.7 hp menggunakan sistem sejukan udara, sistem pancitan bahan api dan 3 injap pengedaran.

Skuter Vespa ini didatangkan dalam warna merah menyala, diikutio dengan logo Vespa (RED) serta hiasan warna kontras putih.

 


Pelana pula dibalut dengan bahan kulit nubuck (dipinjamkan dari Vespa 946).

Setiap pembelian Vespa Primavera (RED), $100 akan disumbangkan kepada tabung global AIDS di mana wang tersebut akan digunakan bagi menyediakan perubatan HIV/AIDS selama 500 hari.

 


Harga jualan bermula dari RM19,500 dan para pembeli akan turut sama menerima helmet percuma Vespa Primavera (RED).

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Direka khusus untuk penunggang berjiwa muda tanpa mengira usia, Vespa Primavera Color Vibe baharu…
Berita Global
Dari segi penampilan, Vespa 75th menampilkan binaan badan keluli sepenuhnya dengan kemasan kuning…
Pelancaran Motosikal
  Dato' Samson Anand George, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza…